Bismillahirrahmanirrahim. cerita ini saya petik dari pokok wassep ya pembaca sekalian. muahahahaha. kbai. lets start our movie.
"Orang perempuan ni aurat dia dari mana sampai kemana?", tanya seorang kakak naqibah pada adik2 usrahnya. Salah seorang adik usrahnya tertunduk diam. Malu. Dia tahu kesalahannya yang sering memakai pakaian yg agak ketat, menampakkan bentuk tubuhnya. Dia sedar akan kesalahannya, dan walaupun dia masih belum berubah, namun alhamdulillah dia mempunyai ramai kawan yg sanggup menegur kesalahan itu. Kesalahan jelas, yang tampak di mata manusia lain.
Seorang naqibah lain pula, lengkap menutup aurat, berstokin tangan,stokin kaki, sedap di pandang mata.Ketika usrah sedang berjalan, dia menarik stokin tangannya sedikit ke depan. Terdetik rasa bangga dengan prestasi dirinya. "Aku wanita yang baik, tak ramai yg mampu menutup aurat sebaik aku"bisik si syaitan yg durjana.Usrah tetap berjalan seperti biasa. Tiada yg mampu menegur lintasan hati si naqibah, tiada yg tergerak utk memberinya peringatan. Dia terus dianggap 'sempurna' oleh adik-adik usrahnya.
WALAUPUN DIA JUGA MELAKUKAN DOSA, NAMUN KESALAHANNYA TERSEMBUNYI, TAK MAMPU DILIHAT OLEH MATA KASAR MANUSIA!
lalu kesalahan mana yang lebih membahayakan? kalau si adik usrah, dia masih boleh ditegur oleh manusia yg melihat dan menyayanginya. Tetapi si kakak naqibah berkemungkinan besar terus menerus lalai dengan 'kebaikan' dirinya yg tiada nilai di sisi Allah Taala. Naudzubillah,,, Itulah bahaya riya' dan ujub saudara! Melakukan sesuatu bukan keranaNya, tetapi kerana pandangan manusia dan perasaan bangga pada diri sendiri. Penyakit hati sangat bahaya kerana ia kadangkala berlaku tanpa kita sedari. Kita yg sering memberi tazkirah di kalangan rakan- rakan, mampu menyebabkan terdetik rasa "Hanya akulah yg paling layak memberi nasihat".
Kita yg sering mendapat markah tinggi dan pujian lecturer, menimbulkan rasa "akulah yg paling hebat dan pandai" Kita yang sering bangun paling awal dipagi hari, menyebabkan rasa " Akulah yang paling baik di antara yg lain" dan banyak lagi detik detik hati hasil dari bisikan syaitan. Syaitan bekerja dgn sangat licik dan halus! Tanpa kita sedari, ia mempermainkan hati dan keihklasan niat kita. Maka waspadalah!
Seringlah menjaga hati dari penyakit penyakit yang mampu membankrupkan kantong pahala kita. Ingatlah kata2 Allah taala:
"katakanlah Muhammad, apakah perlu Kami memberitahu Kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya? (iaitu) orang yg sia sia perbuatannya dalam kehidupan dunia,sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaiknya" [Al-Kahfi: 103-104]
Moga kita tidak tergolong dalam mereka yg sia sia amalannya.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jadi itulah sedikit perkongsian dari saya dari wassep. moga bermanfaat. Salam Jumaat. xoxo
mai follow ig @IklilHuriya
fb Iklil Huriya