Sahabat.....

        

"diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumnya. tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk"


Assalamualaikum and salam sejahtera. Alhamdulillah, umur saya masih dipanjangkan oleh Allah SWT. awak yg duduk depan computer atau laptop ni sihat atau tidak ? kalau sihat, alhamdulillah. kalau sakit, ingatlah bahawa Allah memberi kamu ujian. semoga anda bersabar dan memanjatkan doa kepadaNya supaya disembuhkan penyakitmu itu. Amin. yang sihat ni, kita berdoa supaya diberi kesihatan yang baik selalu ye. Amin.

okey, harini saya nak cakap pasal sahabat. k siapa ada shabat angkat tangan. mesti semua ada sahabat an, sahabat adalah sesuatu perhubungan yg sangat akrab. alah, korang semua mesti tahu perasaan sahabat tu camne. istimewa. wkwkwk. nangis sesama, gembira sesama, marah sesama, sedih sesama. hahahaha k mcm comel disitu. ada orang sahabat dia seorang je, ada orang jugak sahabat dia 2 org, ada yg 3, ada yg empat.

kalau ada orang yg nak sakitkan sahabat kita, mesti kita cuba lindungi dia, kalau dia sedih, kita mesti memberi kata semangat kat dia, kalau dia nak kongsi masalah ngan kita, jangan ah pulak kita buat dont know je. aippp, adakah itu dikatakan sahabat ?? kalau kita rasa kita bukanlah pendengar yang baik, kita try jadi pendengar yg baik itu. kalau kita ni bukan pemberi nasihat yg baik, kita beri nasihat setakat yg kita mampu. itulah gunanya kawan. ada time senang dan susah. ni tak, time kita senang muncul berbondong-bondong tapi time susah semua hilang. hmmmmmm.... sahabat juga akan rasa sedih untuk berpisah dengan sahabat sahabat dia. yelahh, dah lama bersama, then tetiba dia nak pergi tempat yg jauh dari kita. jarang jumpa. mesti lah sedih. siapa tak sedih. itulah penangan sahabat kan. hmmm :') kalau kita nak cari sahabat kita kena berpandukan:

1) pilih sahabt yg suka melindungi diri kita.

2) pilihlah sahabat yg apabila engkau menghulurkan tangan untuk meberi jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu.

3) pilihlah sahabat yang apabila mengetahui keburukkan dirimu, dia suka menutupinya (tidak mengaibkan kamu).

4) pilihlah sahabat yang apabila engkau berselisihan dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

dan yang paling penting

5)pilihlah sahabat yang suka medorongmu untuk membuat amal kebaikan dan tidak lupa untuk mengingatimu tentang Allah SWT.

dalam persahabatan kita kena saling mengingati. takmo ah kata "alahh tu urusan dia dengan....., bukan ada kena mengena dgn aku pun" no no no no, kalau camtu dikira, bersubahat. ish ish ish. kalau dia ada buat salah, tegur. jangan ah biarkan sebab nak jaga hati dia. itu mana boleh. that is so unfair. jadi sahabat itu penting. :D sampai sini jelah yg saya nak kongsikan. In Shaa Allah, kalau panjang umur saya update lagi ye. bye and Assalamualaikum :D
my bestfriend. In Shaa Allah, til Jannah :')


xx Diana